iklan

Wednesday, December 29, 2010

MACAM MANA BUAT BLOG...

nuffnang2 300x233 Download NuffNang WordPress Plugin for making more Money from your Blog

Nak buat blog mula-mula kita kena la daftar dengan nuffnang dulu.......
Bila dah daftar baru boleh buat blog......
ikut langkat permulaan.....

pastikan pilih bahasa dulu.....

LANGKAH PERMULAAN

Hello dan selamat datang ke Nuffnang! :) Menjadi seorang ahli Nuffnanger bukan sekadar demi menjana pendapatan sambil blogging; anda kini merupakan sebahagian dari sebuah komuniti blog yang terbesar di Malaysia! Terdapat banyak peraduan dan aktiviti eksklusif menanti anda sebagai ahli Nuffnanger tetapi ini akan dijelaskan kemudian. Sebagai permulaan, mari kita lihat bagaimana untuk memasang unit iklan Nuffnang ke dalam blog anda dengan mengikuti 3 langkah mudah di bawah:
  1. Lengkapkan Biodata Blogger
    Sila ambil beberapa minit untuk melengkapkan tinjauan Biodata Blogger bagi memperkenalkan diri anda. Ini dapat membantu kami meneliti blog serta pembaca anda untuk dicadangkan ke dalam kempen artikel tajaan yang sesuai.
  2. Daftar blog anda ke dalam Pengurus Blog
    Setelah selesai menjawab tinjauan Biodata Blogger, daftarkan blog anda ke dalam sistem kami melalui ikon "Pengurus Blog" (Blog Manager) di dalam menu dashboard anda.

    Getting Started Image
  3. Pasang iklan Nuffnang ke dalam blog anda
    Sila rujuk ikon "Pemasangan Iklan" (Add Ads) di dalam menu dashboard bagi mendapatkan kod-kod iklan untuk blog anda.

  4. Getting Started Image
  5. ok bila dah siap buat br blh buat blog.........

Memasang Unit Iklan Nuffnang ke Dalam blog Blogspot (Design Template)

Last update: July 2010


Sebelum memulakan tutorial, sila ambil perhatian terhadap kenyataan berikut:-
  1. - Tutorial ini adalah sebagai panduan umum untuk memasukkan kod iklan Nuffnang ke dalam templat blog anda.
  2. - Contoh yang diberikan dalam tutorial ini berdasarkan templat baru Blogger bernama "Simple".
  3. - Bagi pengguna-pengguna Blogger yang menggunakan sistem templat blog Classic Template, sila rujuk kepada tutorial alternatif kami di sini.
  4. - Bagi pengguna-pengguna Blogger yang menggunakan sistem template blog Layout Template, sila rujuk kepada tutorial alternatif kami di sini.

Langkah 1: Akses akaun Blogger anda

  1. Log masuk ke dalam akaun Blogger anda di http://www.blogger.com/start.

Langkah 2: Masuk ke dalam halaman Design

  1. Anda seterusnya akan dibawa ke halaman Dashboard dan anda akan dapat melihat senarai blog anda di bahagian 'Manage Your Blogs'. Klik pada pautan 'Design' pada blog yang anda ingin memasang kod iklan Nuffnang.
  2. Klik pada pautan 'Edit HTML' untuk mengubah templat blog tersebut.

Langkah 3: Masukkan kod iklan Nuffnang

  1. Sila rujuk di bawah bagi memasang setiap unit iklan Nuffnang di dalam templat blog anda. Sebelum bermula, sila pastikan opsyen pilihan 'Expand Widget Templates' telah ditandakan:

    Memasang Unit Leaderboard:
    - Salin kod bagi unit iklan Leaderboard daripada halaman 'Add Ad' Nuffnang dan tampal di dalam kawasan teks sebaik selepas tag <body>.

    Memasang Unit Large Rectangle Unit:
    - Cari "post-footer-line-2" di dalam templat, diikuti dengan elemen </b:includable> yang berdekatan. Tampal kod iklan di atas lokasi elemen</b:includable> seperti yang ditunjukkan dalam imej berikut:

    Memasang Unit Skyscraper:
    - Dengan menggunakan Page Element Gadget, pilih HTML/Javascript daripada senarai dan masukkan kod iklan di dalam kawasan teks yang disediakan.

Langkah 4: Previu unit iklan Nuffnang

  1. Buka tetingkap baru dalam aplikasi pelayar web dan lawati blog anda untuk melihat iklan Nuffnang yang telah dipasang.
  2. Anda boleh juga menggunakan mod Preview di dalam halaman Edit Template, namun unit iklan kami akan sentiasa memaparkan mesej ralat disebabkan perbezaan pada alamat URL bagi halaman tersebut.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut atau cadangan mengenai tutorial ini, sila hubungi khidmat Helpdesk kami.
ok sekarang boleh le nak masuk maklumat korang dlm blog korang...
selamat mencuba.......